KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah tidak adil menuduh pasukan keselamatan tidak berusaha mendapatkan Raja Petra Kamaruddin yang dikatakan sedang bersembunyi di London.Katanya, polis Malaysia telah bertemu polis metropolitan United Kingdom dan agensi perisikan telah dilantik oleh Wisma Putra.
"Jadi apa yang boleh kami lakukan? Pergi ke negara ketiga dan menculik atau menyeludup mereka keluar seperti teroris, itu bukan cara kita," katanya di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kecewa polis tidak mencari dan menangkap Taja Petra yang sedang bersembunyi di London.
Hishamuddin berkata, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Khairy itu.
Raja Petra lari meninggalkan negara ini dan beliau menghadapi pendakwaan undang-undang berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor, terbabit dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Menteri Dalam Negeri itu juga tidak pasti sama ada Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan England.
Bagaimanapun, katanya pihak berkenaan dari kedua-dua negara telah mengadakan pertemuan mengenai perkara itu tetapi mengenai ekstradisi `memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak.'
Sementara itu, Musa berkata, individu yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan Raja Petra boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah.
"Sekiranya siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu tersebut menunjukkan mereka bersalah, terpulang kepada mahkamah untuk menentukan akta atau undang-undang yang sesuai dikenakan terhadap mereka," katanya.
interviupolitik
benar, wibawa, terpercaya
9.7.10
Kenyataan Rais berbaur politik, kata MP PK
KUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen dari Pulau Pinang menganggap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim negeri belum layak mendapat peruntukan di bawah tabung warisan sebagai kenyataan berbaur politik.Anggota parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, tidak mungkin Pulau Pinang tidak boleh mendapat peruntukan kewangan di bawah tabung itu kerana Unesco telah mengiktiraf bandaraya George Town sebagai bandaraya warisan dunia."Dr Rais mungkin mempunyai kamus tafsiran warisan yang berbeza dengan yang telah ditetapkan oleh Unesco."Jika beginlah pemikiran menteri yang menjaga warisan, agenda warisan Malaysia akan gagal kerana tidak menepati tahap piawaian antarabangsa (Unesco)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dr Rais bahawa Pulau Pinang tidak layak mendapat peruntukan di bawah tabung warisan kerana negeri itu belum melaksanakan projek warisan.Beliau juga menegaskan ia bukan keputusan politik.Difahamkan kerajaan telah setuju memberi peruntukan sebanyak RM30 juta kepada negeri Melaka untuk projek-projek warisan di negeri itu.
Yusmaidi berkata, Unesco memberi pengiktirafan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana melakukan kerja-kerja pemuliharaan warisan di negeri itu.
"Unesco bersama pakar-pakarnya telah datang membuat kajian di negeri itu sebelum mengisytiharkan menjadi bandar raya warisan," katanya.
Sementara itu, kata pemimpin muda PKR itu, George Town dan Istanbul akan menandatangani status bandar raya warisan berkembar antara kedua-dua bandar raya tersebut.
Katanya, kedua-dua bandar raya tersebut mempunyai banyak persamaan dari segi ekonomi dan kebudayaan.

di
11:47 PM
18.4.10
Sia pa mahu cantik
Sungguh meriah hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor. Pelbagai kaum kelihatan dengan penuh semangat menyokong parti masing-masing.
PKR, MIC, Umno, PAS, DAP dalam lain-lain turun tunjuk kekuatan. Pelbagai fesyen pakaian boleh dilihat. Namun tumpuan pasti paling terarah kepada puteri Umno. Cantik dan bersopan.
Pekan Kuala Kubu Baru yang selama ini tidak dihiraukan tiba-tiba hangat dengan jerit pekik . Kenderaan mewah yang begitu jarang dilihat begitu banyak di tepi-tepi jalan. Begitu terpegun dengan orang asli dan peneroka felda.
Gerai-gerai jual air minuman berderet-deret di tepi jalan. Barangkali yang tidak berniaga turut menjual air tebu.
“Saya tidak pernah tengok orang seramai ini. Meriah, meriah, meriah,” kata Ali peneroka Sg Buaya. Beliau menaiki motosikal bersama kawannya untuk ke kKB.
“Saya bangun jam 6 pagi. Belum tentu dapat tengok lagi,” tambahnya kawannya, Wahab.
Mungkinkah Hulu Selangor lebih panas dari Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang?
“Pasti. Kalau tak percaya tengoklah dua tiga hari nak habis kempen. Semua benda akan berlaku. Pasti ramai orang menangis.
“Pilihanraya ini orang buat duit juga. Tapi untuk orang yang cerdik saya. Orang bodoh jadi makanan orang cerdik,” katanya sambil ketawa.
Mataku melirik ke arah sekumpula puteri Umno yang tiba-tiba melintas di depanku. Aku juga lihat ada beberapa lelaki lain yang berbaju putih menjeling puteri-puteri itu.
di
12:43 PM
25.1.10
Pasar Payang kotor, MB marah
Hari ini menteri besar, Datuk Ahmad Said merungut kerana pasar besar Payang yang kotor. Pasar itu merupakan antara tumpuan pelancong ke Terengganu.
Barangkali banyak tempat lagi yang kotor. Mungkin di pantai, pulau dan tempat-tempat tumpuan yang lain.
Baru-baru ini pula orang merungut kerana upah mencuci kereta yang mahal berbanding Kuala Lumpur. Sebelum ini laporan bahawa harga makanan yang mahal.
Mereka kata harga ikan mahal. Sedangkan Terengganu ramai nelayan sama seperti Johor. Banyak juga ikan yang dihantar ke Singapura dan Kuala Lumpur. Pernah juga di eksport ke Thailand.
Kos hidup yang tinggi dan tidak padan dengan pendapatan. Gaji yang diterima jauh lebih rendah berebanding di ibu negara.
Kerja kontrak seperti tukang kayu, tukang simen dan sepertinya dibanyar antara RM40 dan RM50 sehari. Tetapi bukan ada kerja setiap hari.
Kerja penjual kedai kain dan kedai buku lebih murah lagi. Lebih perit kepada golongan yang bekerja bermusim.
Barangkali ini menjadi punca kadar kemiskinan penduudk yang tinggi - setinggi Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Kerajaan Terengganu pernah menjalankan kempen menjaga kebersihan di kalangan rakyatnya. Pernah mengadakan kempen besar -besaran di pantai Batu Burok dengan kehadiran pemimpin utama pemimpin negeri.
Tetapi seperti tidak diendahkan sangat. Barangkali bukan budaya di kalangan penduduk.

4:11 PM
24.1.10
Apa dah jadi RTM
Apa dah jadi dengan pembaca sukan RTM. Kesilapan demi kesilapan dilakukan khususnya dalam sukan bola sepak.
Hari ini dalam ruangan sukan selepas berita tengah hari, pembaca sukan Fatiha Hamid telah membuat kesalahan yang sangat ketara. Beliau tidak bersalah, jika skripnya ditulis oleh orang lain.
Beliau membaca skrip bola sepak Selangor dan Terengganu. Nama stadium Sultan Ismail dibaca dengan stadium Mohamad Ismail.
Satu lagi kesalahan ialah penjaring-penjaring gol pasukan Terengganu. Fatiha menyebut gol pertama Terengganu dijaringkan oleh Joseph Kallang Tie sedangkan penjaring sebenar ialah Abdul Manaf Mamat.
Fatiha menyebut 2 penjaring sepakan penanti ialah Manaf sedangkan Ashaari Shamsuddin. Nyata sekali penyunting atau editor tidak berhati-hati atau tiada pengetahuan langsung mengenai bola sepak.
Apa nak jadi dengan unit sukan RTM? Kesalahan demi kesalahan berlaku dalam unit sukan badan penyiaran sukan tertua negara.
di
4:23 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)